Anda selalu dgr org berkata, cinta pandang pertama.. Biasa kita dgr ungkapan itu drpd pasangan suami isteri yg bahagia.. Ada juga sesuatu pasangan itu apabila ditanyakan bagaimana mereka blh bertemu & berkahwin, dgn bangganya mereka berkata inilah berkat cinta pandang pertama.. Apa istimewanya cinta pandang pertama..??
Berdasarkan kata2 di atas dpt kita rumuskan bahawa hasil cinta pandang pertama, sesuatu perkahwinan itu akan membawa kebahagiaan.. Tetapitahukah anda mengapa cinta pandang pertama & bagaimana dikatakan cinta pandang pertama, & mengapa cinta pandang pertama itu blh menjadikan sesuatu pasangan bahagia..??
Di sini sy ingin mengajak remaja termasuk pelajar universiti yg sdng mencari pasangan supaya bersama sy meneliti isu ini dgn penuh minat.. Semoga dgn ini anda semua akan blh mencapai kebahagiaan hasil cinta pandang pertama..
Pandang pertama bermaksud, seseorg lelaki atau wanita yg secara kebetulan terserempak dgn pasangan yg blm pernah kenal.. Apabila dikatakan cinta pandang pertama, bererti hasil pertemuan yg tdk terancang itu sudah ada bibit cinta antara kedua, rasa cinta mula berputik di hati.. Pada pertemuan itu mereka mungkin tdk sempat berkata2, tetapi sudah tersimpan dlm hati bahawa "dia sesuai utk aku.......!!"
Hasil pertemuan itu, salah seorg drpdnya akan cuba merisik dgn bertanya2 kawan masing2 kalau2 mengenali org yg dimaskudkan itu.. Apakah yg menyebabkan seseorg itu mahu didekati & dikenali secara lebih dekat..??
Ya, sudah pasti pada lelaki atau wanita yg dipandang itu terdpt keistimewaan.. Mungkin terpancar pada wajahnya akhlak yg baik, mungkin pada tingkah lakunya terserlah kasih sayangnya & mungkin pada rupanya yg manis terserlah hati yg suci.. Blhlah pandang pertama itu sudah blh dibuat ukuran..?? Knp tdk..?? Lazimnya pertemuan pertama tanpa terancang akan terserlah keaslian peribadinya..
Maknanya kalau kita jumpa seseorg yg kita blm kenal, kita akan kenal perwatakan asalnya.. Jadi, kalau dia seorg yg baik budinya, sepanjang pertemuan itu dia akan menampakkan kebaikannya.. Sebaliknya jika dia seorg yg panas baran sebagai cth, sewaktu pandang pertama itu sudah nampak riaknya, sudah nampak kelibat buruknya.. Kalaupun tdk nampak pada awalnya, akan terlihat juga sesekali kemudiannya.. Inilah yg dikatakan cinta pandang pertama.. Pandang mata itu biasanya tdk menipu malah org yg dilihat juga tdk sempat menipu.. Apabila hati sudah berkenan tindakan seterusnya perlu disusuli iaitu jalinan secara yg dibenarkan oleh Islam.. Selagi mereka tdk mencetuskan dosa, sudah pasti mereka blh menjadi suami isteri yg bahagia..
Memahami maksud di atas, maka pertemuan yg terancang tdk blh dikategorikan sebagai cinta pandang pertama.. Sebagai cth, perkenalan melalui internet, SMS atau telefon, setelah sekian lama bercinta, tentu mereka merancang pertemuan empat mata.. Siapa yg blh pastikan bahawa pertemuan itu akan menampilkan watak yg tulen..?? Sy pasti pertemuan terancang itu akan mengundang watak pelakon yg pastinya berlainan drpd asal..
Bayangkan jika hasil pertemuan itu mereka berakhir di jinjang pelamin, adakah perkahwinan mereka blh bahagia..?? Mungkin dlm kehidupan itu penuh lakonan demi cinta.. Kalaupun blh bahagia, mereka terpaksa berhadapan dgn krisis yg memeritkan..
Di sini sy sekali lagi mengajak remaja termasuk pelajar universiti yg sdng mencari pasangan agar mencari cinta, dptkah cinta pandang pertama.. Setelah ada ciri2 kebaikan yg dicari, risiklah secara lebih dkt melalui wakil yg jujur.. Setelah itu, binalah hubungan secara lebih dkt dgn bertemankan kawan yg amanah.. Setelah berpuas hati, mintalah ibu bapa rancang peminangan & seterusnya perkahwinan..
Percayalah kalau kaedah ini dpt diikuti, pasangan itu akan bahagia sehingga ke dlm syurga..


0 comments:
Post a Comment