18 November 2012

BAIKI CARA SOLAT- KHAS UTK PEREMPUAN…


¸.••••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ••••.¸


Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah…umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri” sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara tersebut, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir,penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan kerana syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) ‘Iktidal - tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah…” dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca “rabbanaa lakal hamdu”

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yg tertinggi”.
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “….illallahh. ..” ( “laa ilaa ha ILLALLAH”) Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj.
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik...


#Oleh: Ustazah Hjh Siti Khadijah Din


 ˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●

9 November 2012

✿¸.•❤••❤• Bilik Tidur Romantik •❤••❤•.¸✿


 ˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●
Bilik tidur yg di hias indah mampu membangkitkan ketenangan.. Bagaimanapun ramai juga yg buat tak endah & hanya menghias ala kadar shj.. Bagi pasangan yg sudah berkahwin, bilik tidur haruslah bersih & wangi utk menyambut si dia.. Apa kata jika anda masih blm menghias bilik tidur anda sblm ini utk mencuba tips2 berikut:

(1) CAT MENGGUNAKAN WARNA YG ROMANTIK seperti warna merah jambu, ungu atau peach.. Sebaiknya gabungkan dgn sedikit satu ruang dgn warna lain supaya kelihatan lebih menyerlah.. Jika anda menggunakan wall paper, jgn terlalu sarat hingga mengundang rasa lemas sebaik saja anda melangkah masuk..

(2) WARNA LANGSIR SELARAS WARNA DINDING.. Warna harus berpadanan dgn warna dinding anda & menggunkan material yg jenis lembut & ringan..Jika anda suka menggunakan motif floral di bilik tidur, gunakan corak yg berbunga kecil..

(3) BANGKITKAN MOOD DGN CADAR YG SESUAI.. Jgn pula anda menggunakan cadar bercorak gambar ikan , gajah atau kartun.. Pilih cadar yg boleh mebangkitkan mood & suasana romantik seperti warna2 yg sekata dgn warna dinding & langsir.. Sembur sedikit pewangi utk rasa lebih romantik & nyaman..

(4) GUNAKAN LILIN AROMATERAPI.. Jika anda suka anda blh menggunkan lilin aromaterapi tetapi awas agar tdk terlalu dekat dgn langsir.. Dah terbakar nanti susah pulak satu rumah..

(5) AKSESORI SEBAGAI PELENGKAP BILIK TIDUR seperti gantungan bunga atau frame gambar lukisan anda berdua bersama suami.. Letakkan juga seberkas bunga segar utk lebih ‘hidup’.. Pastinya anda akan rasa tak sabar melangkah ke bilik tidur sebaik pulang dari kerja..

٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●
#copypaste

6 November 2012

~♥✿ kalau INGIN....Belajarlah.......✿♥~


˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah utk memaafkan..
Kalau ingin dihormati, belajarlah utk menghormati..
Kalau ingin difahami, belajarlah utk memahami..
Kalau ingin disedari, belajarlah utk menyedari..
Kalau ingin disayangi, belajarlah utk menyayangi..
Kalau ingin dikasihi, belajarlah utk mengasihi..
Kalau ingin diterima, belajarlah utk menerima..
Kalau ingin dihargai, belajarlah utk menghargai..
Kalau ingin disenangi, belajarlah utk menyenangi..
Bukan org lain yg perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yg sebenarnya perlu mengubah diri kita.. Memuaskan hati semua org itu tdk mudah tetapi berubah utk memuaskan hati semua org itu tdk mustahil.. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.. InsyaAllah Dia akan permudahkan..




˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●
#copypasteINTERNET

5 November 2012

Tips Menjadi Anak Soleh...


˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●

üSentiasa bermanis muka apabila bercakap atau memandang wajah ibu bapa kita..

ü Selalu 'meringankan tulang' utk membantu ibu bapa dlm kerja2 yg mudah di rumah..
ü Membuat sesuatu kerja yg sepatutnya kita kerjakan tanpa perlu disuruh atau diarah oleh ibu bapa kita.
ü Jgn merungut atau membantah di atas sgl arahan atau suruhan ibu bapa kita.
ü Sentiasa mendoakan keampunan & kesejahteraan utk kedua ibu bapa kita terutama sekali slps solat fardhu..
ü Amalkan budaya salam & mencium tangan kedua2 ibu bapa sewaktu hendak keluar atau masuk ke dlm rumah..
ü Memohon kemaafan drpd ibu bapa setelah kita metakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan..
ü Mengucap salam & memohon ampun drpd ibu bapa sblm kita tidur malam hari..
ü Tunduk & bersopan sebagai tanda hormat apabila berjalan di hdpn ibu bapa.
ü Berckp dgn lemah lembut, tdk berkasar serta tdk meninggikan suara apabila berckp dgn ibu bapa.
ü Sewaktu makan, biarlah ibu bapa kita yg menjamah makanan terlebih dahulu..
ü Jgn selalu meminta2 drpd ibu bapa terutama sekali sesuatu perkara atau benda yg tdk perlu ataupun yg tdk munasabah..
ü Sentiasa redha, bersyukur & menerima dgn hati yg terbuka terhdp setiap pemberian drpd ibu bapa..
ü Belajar dgn tekun & bersungguh2 seterusnya berjaya dlm pelajaran sebagai suatu hadiah istimewa drpd kita utk ibu bapa tersayang..
ü Sentiasa bersikap jujur & tdk bercakap bohong dgn ibu bapa kita dlm setiap perkara walaupun kita yg bersalah..
ü Sentiasa membiasakan lidah kita utk mengucapkan 'terima kasih' di atas sgl pemberian & nasihat drpd ibu bapa kita..
ü Sentiasa berusaha utk menggembirakan hati kedua2 ibu bapa kita sama ada dgn perkataan, perbuatan mahupun sikap kita..
ü Sentiasa patuh kpd perintah Allah swt dgn tdk meninggalkan solat krn anak yg soleh juga merupakan anak yg taat pada perintah Allah swt..


" Semoga Kita Menjadi Anak Yang Soleh & Solehah Kepada Kedua Ibubapa..Berbaktilah Kepada Mereka, Selagi Mereka Masih Hidup.. 
Ya Allah, Engkaulah Ampunkanlah Dosa Kedua Ibubapaku..,
Panjangkanlah Usia Mereka…"

˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•● ˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●˙·٠•●

#copypasteInternet